Navi: About Us Activities Gallery ICAN Activities Gallery Album 2011 Lawatan kerja ke Norimax Sdn. Bhd. – Program Industrial Masters

Lawatan kerja ke Norimax Sdn. Bhd. – Program Industrial Masters

E-mail Print PDF

Date : 5 August 2011

Time : 09.00 am - 12.00 am

Objective :

Seramai 6 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal bersama ketua ketua Jaringan Industri dan Masyarakat, JI&M telah mengadakan lawatan kerja ke Norimax Sdn. Bhd., Puchong. Sebanyak 3 tajuk penyelidikan telah dipersetujui untuk diusahakan bersama pensyarah dan pelajar pasca ijazah UiTM melalui program Industrial Masters. Melalui program ini pelajar pasca ijazah UiTM berpeluang menjalankan penyelidikan yang dicadangkan oleh pihak industri berkaitan. Penyelidikan akan dijalankan di premis industri; dan pelajar akan diberikan elaun sara hidup oleh pihak industri disamping elaun lain yang berkaitan. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan berteraskan keperluan industri, malahan penyelia pelajar yang merupakan penyelidik dan pensyarah UiTM akan dapat memberi sumbangan kepakaran serta mengadakan kolaborasi penyelidikan dan akademik dengan pihak industri.

1 Malaysia myGoverment Jom Masuk U MSC Malaysia MAMPU MOF Malaysian Qualifications Agency PEMANDU UiTM Malaysia